Saturday 28 July 2012

bila tgok rama-rama teringat akan wanita


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita di hiasi dgn rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua owg akn tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakn sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kene.
            Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda –warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskn kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pon yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk di kagumi, disimpan mahupun di awetkn.
            Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan yang hinggap di tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
            Begitulah wanita. Ia bagaikn rama-rama yang terbang membawa corak2 indah, apabila corak2 itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama2 terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah masih tulen tatkal dia didampingi oleh suaminya.
            Rama2 terpaksa berjuang untuk memulakn hidupnya. Dia terpaksa membebaskn diri daripada kepompong bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu.sedangkn sepanjang berada di dalam kepompong, tiada siapa perdulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
            Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama2. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan  akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkn. Rama2 adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenanglah kehidupan serba susah sebelum ini. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dpt bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
            Usah jadi rama-rama di dalam bingkai gambar ~~ indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkn kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana maruah anda berada pada taraf  A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Friday 27 July 2012

kucin,,

kucin,,kucin,,kucin,,,
haiwan yg paling kiut miut,,
hohoo~~
adakah kawan-kawan tahu??
...